ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

PENYELIA DUN DABONG
Isnin, 21 September 2015
Khamis, 17 September 2015
HUKUM PERJUANGAN KAUM
Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;
1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)
6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).
Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.
8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
Rabu, 6 Mac 2013
Ke mana titik akhir tragedi Lahad Datu?
Walaupun polis sudah berkata, pencerobohan itu sudah selesai dengan serangan besar-besaran termasuk menggunakan jet pejuang, berdasarkan laporan dari media Filipina, nampaknya ia belum selesai.
Ini kerana, berpuluh-puluh tentera kesultanan Sulu dan juga mereka yang simpati dengan mereka sedang menyusup masuk ke negara ini.
Ia menambahkan lagi ribuan rakyat mereka yang sememangnya sudah didaftarkan menjadi rakyat negara ini melalui skandal kad pengenalan untuk undi sebelum ini.
Moro National Liberation Front (MNLF) sudah mengisytiharkan akan membela saudara mereka yang terkorban selepas memberi amaran sebelum ini agar ia diselesaikan menggunakan 'kepala dingin' bukannya perang.
"Saya berharap mereka tidak dicederakan. Mereka (penyokong Kesultanan Sulu) adalah saudara kita. Jika setitik darah mereka gugur, kita mungkin terpaksa membela mereka," Nur Misuari, pengerusi pengasas MNLF memberi amaran pada 21 Februari lalu.
Manila Buletin melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia akan berdepan dengan pasukan yang mereka latih sendiri sebelum ini iaitu dari MNLF, yang mengetahui Sabah umpama dalam telapak tangan mereka.
Di samping mereka, beribu -ribu lagi rakyat Filipina kini sudah berada di Sabah dan memiliki kad pengenalan biru Malaysia tanda kerakyatan mereka.
Bagaimanapun, menjawab perkara ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tentera Malaysia pernah melatih mereka.
Namun sebelum ini, beliau mengaku ribuan penduduk Filipina diberikan kad pengenalan dalam skandal IC yang didedahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang kini masih berjalan.
Bagi bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tamrin Ghafar, inilah bayaran yang terpaksa dibayar oleh negara apabila Tun Dr Mahathir memberikan kerakyatan untuk kepentingan politik sebelum ini.
Beliau tidak nampak krisis ini akan selesai dengan cepat kerana beribu-ribu lagi orang Sulu ini berada di Sabah.
Mereka pula sudah dianggap rakyat negara ini kerana sudah mempunyai kad pengenalan biru.
Ia pula berlaku ketika laporan demi laporan sampai bahawa BN tidak akan berjaya mempertahankan kerajaan yang ada sekarang dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Apakah ini satu taktik dan strategi untuk kepentingan pilihan raya? Ia sukar untuk ditentukan kerana ramai tidak yakin Najib sanggup untuk memperjudikan nasib rakyatnya sendiri demi kepentingan politik.
Ini kerana, dengan lapan sudah terkorban, ia bermakna harga yang terlalu mahal dibayar untuknya.
Atau, ia sememangnya perancangan tetapi apa yang berlaku diluar jangkaan.
Ini juga boleh jadi tetapi susah untuk disahkan. Ini kerana ramai sedia maklum, mereka yang terlibat dalam gerakan tuntutan kesulatan Sulu ini adalah ahli Umno.
Isu Lahad Datu boleh menjadi senjata makan tuan untuk BN berikutan pendedahan hubungan pemimpin Umno dengan gerakan Sulu ini.
Pendek kata semua option terbuka kini.
Sabtu, 2 Mac 2013
Melayan Kunjungan dari 'Nayut' Narathiwat
Kunjungan muhibbah dari saudara kita di Narathiwat. Dalam sesi kunjgan ini, diadakan pelbagai aktiviti antaranya perlawanan bolasepak, kuliah maghrib, serta lawatan2 ke sekitar Dabong.
Semoga ukhuwah yang terjalin akan berterusan dan berkekalan. Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kunjungan ini.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Semoga ukhuwah yang terjalin akan berterusan dan berkekalan. Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kunjungan ini.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Isnin, 25 Februari 2013
Jumaat, 6 Mei 2011
Liga Super Dun Dabong
Kejohanan Bolasepak Liga Super Dun Dabong telah bermula hari ini. Sepak mulanya antara pasukan dari Kumpulan B, Dabong menentang pasukan Kemubu.
Dalam kejohanan ini, sebanyak 14 pasukan menyertainya yang mewakili kampung dan UPU masing-masing di dalam Dun Dabong.
Kejohanan ini menawarkan hadiah yang cukup lumayan untuk pemenang.






Dalam kejohanan ini, sebanyak 14 pasukan menyertainya yang mewakili kampung dan UPU masing-masing di dalam Dun Dabong.
Kejohanan ini menawarkan hadiah yang cukup lumayan untuk pemenang.
KUMPULAN A |
KEMUBU B |
SUNGAI TEKU |
SUNGAI SAM |
TEMIANG |
JELAWANG |
SLOW MENGKUANG |
KANDEK |
KUMPULAN B |
KEMUBU A |
BIAK B |
DABONG |
LANCHANG |
KUALA GRIS |
INGIN MAJU |
STONG |
Jumaat, 1 April 2011
Lawatan Mahabbah Dewan Pemuda PAS Kuala Krai ke Dun Dabong
Dewan Pemuda PAS telah mengadakan satu lawatan mahabbah ke Dun Dabong dan bertemu mesra dengan jentera Pemuda PAS Dun Dabong pada 28 Mac 2011. Program tersebut diadakan di Taman Rekreasi Gua Ikan. Ianya bermula pada pukul 7.00 malam.
Selain daripada sesi beramah mesra, dalam majlis ini juga turut diserikan dengan penyampaian peralatan sukan kepada pemuda di setiap cawangan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Mahadi Mat Zin.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Selain daripada sesi beramah mesra, dalam majlis ini juga turut diserikan dengan penyampaian peralatan sukan kepada pemuda di setiap cawangan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Mahadi Mat Zin.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com