ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Khamis, 22 Julai 2010

Majlis Perasmian Bangunan Baru SMU(A) Nurul Ihsan, Kandek.

Pada : 21 Julai 2010

Masa : 11.00 Pagi

Dirasmikan oleh : YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz B Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.























Sabtu, 10 Julai 2010

Kerajaan harus terbuka terima kritikan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap lebih terbuka dan sedia menerima kritikan parti sendiri mahupun pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ajaran Islam sendiri menuntut bahawa sebarang teguran dan kritikan tidak ditutup malah hendaklah dijawab dengan baik oleh kerajaan mahupun pihak yang dikritik.

“Ini cara demokrasi, apa sahaja (kritikan) dari Pas atau UMNO cakap, kerajaan jawab balik, jangan tutup begitu, kalau tidak ada modal nak jawab kenapa nak jadi kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaatnya di sini, semalam.
Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com