ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Ahad, 5 Disember 2010

Waspada Di Musim Banjir


Adun Dabong, YB Arifabillah Ibrahim (gambar) mengingatkan semua penduduk di Dun Dabong agar berhati-hati dan berwaspada dalam menghadpi musim banjir kini. Beliau mengingatkan kepada seluruh penduduk terutama yang berhampiran dengan sungai agar mengawasi anak-anak supaya tidak bermain di sungai yang sedang melimpah.

Disamping itu juga, beliau juga meningatkan kepada penduduk supaya patuh kepada arahan pasukan penyelamat apabila diarah pindah dan sebagainya. Penduduk juga diminta menyelamatkan segala dokumen-dokumen penting semasa berpindah dan menjaganya dengan baik.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tindakan Dun Dabong, disini semalam. "Pejabat Urusan & Khidmat Masyarakat Dun Dabong telah bersedia menghadapi musim banjir ini dengan kelengkapan makanan dan keperluan-keperluan yang lain jika ada penduduk yang berpindah dan menjadi mangsa banjir nanti." ujarnya ketika ditemui di pejabat beliau di Dabong. Menurutnya lagi, setiap mukim telah diwujudkan jawatankuasa banjir yang diketui oleh penghulu setiap mukim.

Dun Dabong mempunya 7 mukim dan kesemua mukim tersebut berpotensi mengalami bencana banjir ini terutama di kawasan-kawasan rendah dan berhampiran dengan Sungai Galas dan Sungai Pergau.

Seperti tahun-tahun yang sudah, beberapa kampung di Dun Dabong mengalami kemusnahan yang agak teruk dalam bencana banjir ini. Diharap agar seluruh penduduk bersedia dan berhati-hati dalam menghadapi musim banjir ini.

Dabong, 05 Disember 2010
23.17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com