ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Jumaat, 3 Disember 2010

Dermawan sumbang 12 lembu untuk Kuala Krai

Harakahdaily

KUALA KRAI, 20 Nov: Program Korban Perdana anjuran Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli telah berjaya dilaksanakan di perkarangan Masjid Perial di dalam Dun Manek Urai.

Turut serta dalam program tersebut ialah Abdul Latiff Abd Rahman (Adun Mengkebang merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah (Adun Manek Urai).

Sebanyak 12 ekor lembu yang disumbangkan oleh kalangan dermawan dari Kuala Lumpur dan empat daripadanya adalah daripada keluarga Dr Hatta disembelih pada majlis itu.

Daging-daging telah diagihkan kepada tiap-tiap DUN sebanyak dua ekor, seekor kepada dewan-dewan dan dua ekor dijadikan kenduri korban perdana.

Abdul Latif Abd Rahman mengucap ribuan terima kasih kepada Pusat Khidmat Parlimen Kuala Krai dan pihak urusetia kerana berjaya melaksanakan program korban perdana di Parlimen Kuala Krai dengan jayanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com