ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Khamis, 20 Mei 2010

Judi Bola

KENYATAAN MEDIA
13 Mei 2010 / 28 Jamadil Awal 1431
BATAL SEGERA LESEN JUDI PIALA DUNIA 2010

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyelar tindakan Kerajaan Malaysia yang telah meluluskan lesen perjudian sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan bulan depan.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah melulus serta mengeluarkan lesen judi tersebut dan secara rasminya telah meng’anugerah’kan kepada Kumpulan BERJAYA semalam. Perkara ini amat dikesali kerana memandangkan sebelum ini banyak bantahan telah dibuat namun kerajaan seolah-olah sengaja mengambil sikap tidak peduli serta memandang lekeh pandangan yang telah dikeluarkan oleh bukan sahaja daripada golongan rakyat biasa malah turut disumbang oleh ahli agama.
DPPP amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang sebelum ini kononnya menjuarai isu arak dan moral ketika berkempen di Hulu Selangor pada Pilihan Raya Kecil P094 yang lalu. Dimanakah pendirian mereka yang sebelum ini begitu galak berdemonstrasi memperjuangkan kalimah ‘ALLAH’. Jelas Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN hanya menggunakan agama demi untuk kepentingan politik dan kononya mahu mendaulatkan Islam di Malaysia ini hanyalah sekadar retorik semata-mata.
Oleh itu, DPPP mendesak agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen yang di keluarkan. DPPP juga menggesa supaya kerajaan lebih prihatin dengan umat Islam di Malaysia dengan membuat penyelidikan sebelum meluluskan sesuatu lesen.


Disediakan oleh

UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com