ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Jumaat, 2 April 2010

Apa Nak Jadi...

Setiap awal bulan, MTD Dabong akan mengadakan majlis usrah di Masjid Al-Insaaf, Dabong Hilir. Seluruh penduduk dun dijemput untuk mengikutinya. Program ini telah dijalankan sejak sekian lama, sejak Dun Dabong berada dalam Parlimen Gua Musang lagi. Sejak Madrasah Dabong Hilir lagi, sekarang dah dinaik taraf menjadi sebuah masjid. Ya, Masjid Al-Insaaf.

Namun sejak akhir-akhir ini, suasana amat berbeza sekali. Penglibatan dari semua penduduk amat menyedihkan. Jika di awal-awal pelancaran dulu, sambutan agak menggalakkan. namun pada pagi tadi, sungguh menyedihkan.

Kita sedar, semua orang ada kerja dan urusan masing-masing yang menyebabkan kita tidak dapat mengikuti majlis-majlis usrah ini. Namun pernahkah kita semua fikir, mengapa keadaan sedemikian berlaku? Itu belum lagi diambil kira penglibatan dari anak-anak muda. Amat merisaukan jika dilihat. Yang hadir pun golongan-golongan veteran, di manakah golongan-golongan muda yang kononnya bakal menaiki takhta di DUN?

Mungkin senario yang sama juga berlaku di kawasan-kawsan lain. Jika tidak, alhamdulillah. Tapi, itulah hakikatnya di Dun Dabong, terutama dalam majlis-majlis usarah. Begitu juga dengan usrah pimpinan MTD sendiri, semakin hari, semakin kurang penglibatan dari ajk-ajk itu sendiri.

Oleh yang demikian, perlunya kita semua memikirkan satu mekanisma yang baru untuk kelangsungan pemerintahan kiya di masa akan datang. Jangan kita semua fokuskan pada undi semata-mata. Pengundi iaitu penduduk semua perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang jitu. Barulah dapat RM30.00 pun tak bergoyang iman.

Jika kita asyik lena menyalahkan orang lain, menyalahkan jentera sesama sendiri, kita tidak kemna-mana. Kita sebenarnya masih di takuk lama. Cukuplah menuding jari sesama kita, ubahlah kota pemikiran kita semua. Jangan mendabik dada yang kita serba tahu dan serba pandai. Sedangkan kualiti jentera dan penduduk kita tidak ditingkatkan. Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com