ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Selasa, 14 Julai 2009

MIMPI NGERI MANEK URAI : Kenapa hanya 65 undi?

UBN mungkin tidak tidur lena malam ini disebabkan kekalahan berlanjutannya dalam siri-siri pilihanraya kecil. Mimpi ngerinya sekali lagi berulang di Manek Urai. Tetapi alangkah kecewanya UBN kerana hanya 65 undi sahaja bezanya. Tetapi adat bertanding, walaupun hanya 1 undi beza, tetap dikira menang. Alangkah bagusnya jika berjaya kempen sebanyak 70 orang lagi, jika berjaya pengaruhi 2,3 peti undi lagi. Tetapi itu hanya boleh dilakukan sebelum pusat pengundian ditutup petang tadi. Kini semuanya sudah menjadi sejarah hitam yang patut diterimanya. Maka, bolehlah dibuat muhasabah.

KEPUTUSAN SETIAP UPU

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi


Tahniah UBN : Rekod Tanpa Menang Berterusan

UBN masih mapu mengekalkan rekod tanpa menangnya di dalam siri-siri pilihanraya kecil di Malaysia. Tahniah diucapakan apabila UBN masih mengekalkan rekodnya di Manek Urai hari ini. Walaupun PAS menang dengan majoriti yang kecil, namun dengan kekuatan material yang dibawa oleh UBN masih tidak mampu memecahkan rekodnya itu sejak pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Husam: UBN Kena Bina Jambatan Kerana Menang Peti Undi MU

Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.

Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat

“Kita kalah kerana politik wang,” katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis. Malaysiakini

Tahniah Kepada Semua Pengundi yang Mengundi PAS

Saya bagi pihak krew blog PRK Manek Urai merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memangkah PAS dalam PRK hari ini. Sesungguhnya anda telah membuat UBN menderita sehabis-habisnya. Tahniah!!!...saya amat menghargainya.

Usah sedih dan kecewa

Kepada semua petugas jentera pilihanraya PAS bagi UPU Manek Urai Lama khususnya jentera pembantu dari Negeri Perak dan PAS Kawasan Machang, walaupun peti undi Manek Urai Lama kalah, namun ianya memberi suatu pengajaran kepada kita semua. Usahlah merasa kecewa dan sedih. Islam tidak akan kalah. Teruskan usaha kalian semuanya.

PAS Menang

Syukur alhamdulillah PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 65 undi. Syabas dan tahniah kepada semua petugas dan jentera pilihanraya. Segala kerja berat anda, hanya Allah sahajalah yang membalasnya. Insya Allah.

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65

Alhamdulillah, LIVE dapat dibuat

Syukur, kami berjaya membwa penyokong untuk menyaksikan tayangan live keputusan tidak rasmi keputusan PRK N41 Manek Urai melalui laman web rasmi PRK yang dibawa khas oleh PAS.

Siaran Langsung!!

Pihak kami sedang mencuba dan berusaha untuk menyiarkan keputusan secara rasmi di Padang Manek Urai Lama,(live telecast). Doakan semoga ianya dapat dijalankan. Jika tidak dapat, kami moho maaf. Siaran langsung keputusan ini akan kami pancarkan di layar pacak nanti.

Masalah Terkini!!!


Terdapat masalah baru di Markaz UPU Manek Urai Lama apabila kebanyakan penyokong yang berkampung dan berkubu di markaz ini tidak berganjak dari 'kubu' ini. Tetapi di pihak musuh, nampaknya sudah lengang. Penyokong PAS begitu semangat menantikan saat kemenangan PAS di Manek Urai nanti.

Doakan Kemenangan PAS Di Setiap Peti Undi

Kepada semua penyokong PAS/Pakatan Rakyat, diharap agar terus berdoa kepada Allah SWT agar kemenangan dapat dikekalkan. Sekarang ini berlangsung proses pengiraan undi. Pesanan pimpinan kita, jika kita dtakdirkan kemenangan pada pilihanraya ini, maka kita sebagai penyokong mestilah melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan apa cara sekalipun.

Benarkah PAS Menang Besar?!

Berita tersebar luas kini di Manek Urai, setelah pusat-pusat mengundi ditutup, dikhabarkan bahawa PAS bakal mengekalkan kerusi N41 Manek Urai ini. Benarkah dakwaan ini?


5.00 Petang : Semua Pusat Mengundi Ditutup

Tepat jam lima petang, kesemua 9 buah pusat mengundi telah ditutup. Sekarang sedang berlangsung pembilangan undi di pusat-pusat mengundi terbabit sebelum ianya dibawa ke Kuala Krai untuk penjumlahan undi. Dikhabarkan bahawa, jalan utama dari Manek Urai ke Kuala Krai telah sesak teruk. Kebanyakan para penyokong telah mula bergerak ke Kuala Krai untuk mengikuti pengisytiharan keputusan pilihanraya kecil ini.

TERKINI : Markaz induk BN hampir kosong, Pemimpin BN sudah mula balik ke tempat masing-masing.

Maklumat yang baru diterima mendapati Markaz induk BN ditepi jalan utama Kuala Krai-Gua Musang telah mula kosong mengikut pemberi maklumat sekitar jam 3.30 petang tadi.

Gambaran ini mungkin menjawab desas desus yang kedengaran setakat ini hampir disahkan 5 dari 9 peti undi telah pun dimenangi oleh PAS setakat ini.

Abe Uji di Pusat Mengundi Manek Urai Lama



Kehadiran calon PAS, Abe Uji disambut oleh puluhan penyokong PAS dengan laungan takbir walaupun para penyokong UBN sudah tiada seperti pada awal pagi tadi.

TERKINI : Lebih 70peratus perayu undi adalah golongan pengundi muda

Satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan apabila kelihatan lebih 70 peratus perayu undi adalah dari golongan muda yang sanggup bertahan hingga ke saat akhir.

Walaupun sekitar sejam lagi pusat pembuangan undi akan ditutup namun mereka masih bertahan dan tidak berganjak dari tempat masing-masing.

Dengan loghat Kelantan mereka bersorak dan merayu sesekali bila ada lagi yang melintas untuk ke pusat mengundi.

Perayu BN hampir tidak kedengaran lagi. Lucunya ada beberapa kanak-kanak sekolah yang sesekali bersorak untuk BN...itulah yang masih kata pepatah melayu..tiada rotan, akar pun berguna.

Terkini Manek Urai

kemaskini 1.23pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari sudah mencecah 76.2 peratus atau 9,359 pemilih mengundi pilihan masing-masing - sama ada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat atau calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Mengikut trend pembuangan undi setakat ini, peratus keluar mengungi kemungkinan akan lebih tinggi daripada 85 peratus seperti disasarkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Nik Aziz kagum golongan muda bersemangat pertahan PAS

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Penyokong PAS di sekitar tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria tambah bersemangat dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz NIk Mat meninjau kawasan itu.

Ketibaannya kira-kira jam 7.50 pagi sebelum tempat pengundian dibuka. Kehadirannya menarik perhatian orang ramai, mereka kemudian bertakbir dan berselawat.

Ketika ditemui media, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu keadaan aman membolehkan pengundi di Dun Manek Urai keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Ditanya sambutan terhadap PAS beliau berkata, sepanjang pemerhatiannya tidak kelihatan mereka yang memakai baju atau sebarang tanda berlambang dacing berbanding anak muda yang memakai baju bulan.

"Saya hairan juga kerana mereka tak kelihatan di masjid, malah di jalan-jalan raya pun kurang yang membawa bendera dacing, apakah ini menggambarkan perubahan pemikiran mereka berpihak kepada PAS, saya pun tak tahu.." ujar beliau.

Mengambil situasi itu katanya, beliau yakin PAS mampu mempertahankan Dun Manek Urai.

"InsyaAllah ia berpihak kepada golongan yang memperjuangkan Islam," kata beliau.

Menteri Besar juga yakin cuti yang diberikan kerajaan negeri kepada penjawat awam hari ini memudahkan mereka pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Menurutnya juga pengundi muda di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan umpan kebendaan yang djanjikan pemimpin Umno termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhuyiddin Yassin yang mahu membina jambatan baru.

Menjelang pilihan raya umum lalu Umno menjanjikan mahu membina lebuh raya antara Kuala Krai - Kota Bharu dan membina jambatan kedua Sultan Yahya Petra, namun sehingga kini ia belum kelihatan.

Manek Urai: Lebih 50 peratus sudah mengundi

KUALA KRAI: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi setakat 11.30 pagi tadi.

BERITA TERDAHULU

KUALA KRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan peratusan keluar mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setakat pukul 11 pagi ini sudah mencecah 40 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian di kesemua pusat mengundi berjalan lancar.

"Setakat ini, proses pengundian berjalan lancar, cuma ada perang mulut antara penyokong-penyokong parti yang bertanding... tapi itu perkara biasa.

"Pihak polis juga dapat mengawal keadaan," katanya kepada mStar Online.

Beliau berharap orang ramai akan keluar mengundi awal bagi mengelakkan kesesakan.

"Kita harap pengundi akan ikut arahan SPR dan polis," katanya.

SPR menjangkakan 85 peratus akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini. Mstar.

Gambar Lagi









TERKINI : Tok Guru Di UPU Manek Urai Lama




Gambar Perayu Undi





Blogger Cina Islam bersiaran dari Manek Urai Lama



Blogger Cina Islam, YB. Drs. Khalil Idham Lim sekarang ini sedang bersiaran secara langsung dari Manek Urai Lama. Berita-berita terkini bolehlah melayari Cina Islam http://idhamlim.blogspot.com.

9.45 Pagi : Calon BN Jalan Seorang Diri




Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat kelihatan berjalan seorang diri melawat Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Beliau tidak dikerumuni oleh pengundi yang masuk bersama-samanya.

9.25 Pagi : Laungan Takbir Bergema...

Laungan takbir bergema di sekitar pusat mengundi sambil diselangi laungan "Hidup-hidup, hidup Islam, hancur-hancur, hancur UMNO" oleh para penyokong PAS. Keadaan masih terkawal. Tidak ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku setakat ini. Penyokong diluar sana, teriskan berdoa kepada Allah. Insya Allah semoga kami disini diberikan semangat yang jitu sehingga mencapai kemenangan.

9.10 Pagi : Pengundi sudah keluar mengundi

Pada saat ini, para pengundi tidak putus-putus keluar mengundi. Kesempatan ini diambil pada sebelah pagi bagi mengelakkan berlakunya hujang pada tengahari/petang nanti. Kepada para penyokong di luar sana, panjatkalah doa sepanjang masa kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada Parti PAS.

8.55 Pagi : Gambar semasa/terkini













Pusat Mengundi Telah Dibuka

8.00 Pagi : Semua pusat mengundi DUN Manek Urai telah dibuka secara rasmi sebentar tadi. Sebanyak 9 pusat mengundi di DUN Manek Urai. Selamat membuang undi.


Suasana Tenang Di Manek Urai











MANEK URAI LAMA, 14 Julai : Suasana dirakamkan tenang pada pagi ini dengan persiapan anggota keselamatan mengatur trafik di sepanjang jalan menuju ke tempat pembuangan undi. Kepada semua pengundi, anda tidak perlu risau. Selamat mengundi PAS.

Isnin, 13 Julai 2009

Terbaru : Datin Wan Azizah menziarahi Markaz UPU Manek Urai Lama

Datin Seri Wan Azizah sudi meluangkan masa menziarahi petugas-petus muslimat di Markaz UPU Manek Urai Lama dalam rangka kempen beliau di Manek Urai pagi ini. Beliau hadir bersama-sama isteri calon PAS, Abe Uji.










Mendiamkan rasuah politik Manik Urai ; lagi bukti SPRM alat regim Bn

Sekali lagi diulang kenyataan kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membuang wang rakyat dan SPRM bukan sekadar hilang maruah tetapi ia sudah mati dari prinsip kewujudanya. Selaku ko ordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) SPRM sudah tidak harus lagi dibicarakan kewujudanya kerana SAMM sudahpun mengistiharkan SPRM mati dihari kelahiranya. Upacara pembakaran dan penyerahan permit kubur SPRm telahpun disempurnakan oleh SAMM di depan Ibupejabat SPRM putrajaya pada 25 Febuari 2009 yang lalu. (sila klik sini untuk baca lanjut)

Sebenarnya SPRM bukan sahaja punya cukup 'kelengkapan' dan 'kewangan' untuk memenuhi kehendak kewujudanya namun lebih dari itu SPRM sebenarnya punya ramai kakitangan yang punya roh perjuangan ke arah memerangi rasuah dan meningkatkan maruah integriti negara. Malangnya lembu - lembu yang bergelar pegawai tinggi SPRM lebih berminat menjadi tunggagan regim Bn.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan masih berhutang penjelasan mengenai tindakanya selaku Pengarah SPRM N.Sembilan ''meminta' dan 'menerima', wang 'sumbangan' dengan julah yang besar dari Menteri Besar Negeri Sembilan. che'GuBard dimaklumkan oleh teman seorang anggota satu Jawatankuasa di bawah SPRM telahpun membincangkan perkara ini diperingkat jawatankuasa yang dianggotainya. Tiada penafian dibuat (maknanya tuduhan tersebut benar) cuma dicadangkan tindakan amaran 'keras' kepada Pengarah SPRM Negeri Sembilan kerana kesalahan tersebut (ertinya kesalahan berlaku). (sila klik untuk baca lanjut mengenainya)

Terbaru di Manik Urai jika (mendiang) SPRM masih hidup sudah tentu tindakan harus diambil kerana ugutan atau tawaran rasuah politik. Penduduk Manik Urai diugut oleh pemimpin Regim Bn agar mengundi Bn untuk mendapat Jambatan Baru. (sila klik sini untuk baca lanjut) Ini jelas salah !. Selain itu bukan sedikit peruntukan wang rakyat digunakan untuk kempen Regim Bn. Contohnya 6000 pelajar tiba - tiba diberikan peralatan sekolah, kasut dan pakaian sekolah dalam satu majlis Bn. Malah gambar dibawah cukup membuktikan bagaimana Timbalan Presiden komponen Regim Bn (Umno) terlibat dalam rasuah kain batik/pelikat kepada pengundi.
Gambar dirakam oleh Jinggo (jurugambar bebas) di Manik Urai dan
disiarkan di laman foto beliau.

Terbaru mendapat email dari pembaca blog ini yang menghantar maklumat amalan korupsi yang dilindungi oleh lembu (Pegawai Tinggi) SPRM. cheGuBard diperingkat mengumpul bukti sokongan dan pengesahan maklumat sebelum pendedahan dibuat.

Apapun pendedahan dibuat rakyat perlu sedar tidak akan ada tindakan diambil kecuali ia tidak melibatkan kepentingan pemimpin tinggi Regim Bn.....untuk melihat pemimpin tinggi regim Bn atau lembu SPRM ini berlumba masuk ke penjara maka rakyat harus bangkit menghumban Regim Bn.

Masihkah Kau Ingat?

nn

ini gambar Jambatan Sutan Yahya Petra yang disiapkan beberapa bulan lepas... kalau perasan kat tepi sebelah kanan gambar tu ada beberapa tiang untuk jambatan SYP2. Itulah jambatan baru SYP2 namanya.. maybe 3 kali banjir lagi siaplah agaknya..

ANGKUHNYA PEMIMPIN UMNO/BN

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.." - Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Lihatlah sendiri,betapa sombong dan jahatnya Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Menabur gula-gula rasuah kepada rakyat Manek Urai dengan mengumpan jambatan baru. Inilah bukti betapa bangangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Contoh pemimpin kerajaan yang tidak ikhlas membela nasib rakyat. Adakah dia ingat orang Manek Urai tak layak dapat jambatan sekiranya tidak undi UMNO??

Muhyiddin, aku nak tanya mu.

Mu ingat maruah Warga Manek Urai sama harga dengan jambatan baru yang mu nak buat? Mu ingat maruah warga Manek Urai begitu murah untuk di beli? Mu salah tempatlah wahai bangang. Mu lupa PRK kali ini adalah di Kelantan. Rakyat Kelantan tak sama dengan negeri-negeri lain. Kenyataan rasuah yang mu buat secara terbuka ini jadi bahan gelak rakyat yang cerdik pandai politik di Kelantan. Mu tak payah jadikan modal untuk mengumpan pengundi dengan janji. Mu tahu sebab apa?

Sebab rakyat Manek Urai tau dah, duit yang mu janji nak bina jambatan tu bukan duit mu. Duit yang mu guna itu duit rakyat, dan prasarana kepada rakyat adalah kewajipan pemerintah. Lagipun Malaysia ini bukan mak bapak mu punya. Mu sudah salah tempat. Mu sudah salah orang. Mu kena ingat lagi sekali, ni PRK di Kelantan.

Malas nak ulas panjang-panjang. Anda selaku pembaca pun boleh menilai sendiri kenyataan makhluk parasit ini. Agaknya inilah 'hadiah' 100 hari pemerintahan Najib, memperkasakan kroni dan rasuah rakyat.

UPU Manek Urai Lama : SPR Bersiap Sedia

Pihak SPR telah bersiap sedia membuat halangan tali dan mendirikan beberapa khemah sebagai persiapan untuk hari pengundian esok di sekitar Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Pusat mengundi terbabit adalah untuk para pengundi di UPU Manek Urai Lama.











Anwar bidas Muhyiddin 'ugut' pembangunan



KUALA KRAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat janji berbentuk ugutan kepada pengundi Manik Urai sebagai menyalahi undang-undang.

Tegas beliau, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai dan perlu disalurkan berasaskan keperluan semasa rakyat, bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Saya minta SPRM menyiasat perkara ini," kata beliau dihadapan lebih lima ribu yang mendengar pidatonya di Sungai peria dekat sini.

Anwar turut menambah, cara Muhyiddin menabur janji itu menggambarkan beliau memperlekeh rakyat Manik Urai.

"Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri," katanya.

Muhyiddin dalam satu program kempennya dekat sini menabur janji untuk membina jambatan baru menghubungkan Manik Urai lama dan Manik Urai baru dengan syarat pengundi mesti memilih calon Umno sebagai wakil rakyat mereka.

Selain jambatan Muhyiddin juga menyebut dua lagi janjinya dengan nada sama (sekiranya calon Umno menang) iaitu membina sekolah di Chuchoh Puteri dan membina masjid di Temalir - kedua-duanya dalam kawasan Manik Urai.

Lebih Baik Muhyiddin berjanji Jambatan Emas Bertatahkan Berlian Kalau UMNO Menang Di Manek Urai….

UMNO BN dah lupa ke pada Jambatan Kedua Sultan Yayha Petra yang dijanjikan dalam Pilihanraya yang lalu.. Sampai sekaragpun tak siap lagi.. Projek dah lulus,Duit dah bagi tapi sampai sekarang hanya beberapa batang tiang saja yang ada…Yang ni belum lagitertunai,dah janji Jambatan kat Manek Urai Pulak… tak malu muka pada rakyat kelantan ke…

Sepatutnya kerajaan UMNO BN tak payahlah nak janji-janji kalau nak buat kebajikan,kebaikan dan kemudahan untuk rakyat jelata… Buat saja apa yang patut untuk semua rakyat jelata samada yang menyokong Umno ke atau PAS dan rakyatlah yang akan menilai sendiri Sesebuah kerajaan itu samada boleh diharap atau tidak untuk memimpin mereka.Sebenarnya rakyat amat tidak suka pada sebuah kerajaan yang banyak menipu rakyat bila tiba setiap kali pilihanraya.Rakyat tak mahu kerajaan yang banyak cakap kelentong tapi kebajikan untuk rakyat terabai sedangkan duit rakyat banyak disapu untuk benda-benda yang tak berfaedah seperti Monsun Cup dll.


Terkini Dari manek Urai Lama

Pada masa berita ini ditulis, UMNO/Barisan Nasional sedang mengadakan ceramah di Bilik Gerakan UPU Manek Urai Lama. Entah pembohongan apa lagi yang hendak disampaikan pad pagi ini. Tidak cukup dengan malam tadi, UMNO/BN terus menipu rakyat Manek Urai lagi.

Kelantan istihar cuti peristiwa esok

Oleh Salma Husain

KOTA BHARU, 13 Julai: Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat ‘cuti am’, esok 14 Julai 2009 yang diambil atas ‘Cuti Peristiwa’.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.
“Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,”ujarnya lagi.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah membuat perkara yang sama di negeri itu dengan mengisytiharkan cuti pada hari pilihan raya kecil Penanti kerana ia telah jatuh pada hari bekerja.

Pengundi Manek Urai menghadapi masalah untuk pergi mengundi apabila hari bekerja (Selasa) dan pertengahan bulan (14 Julai) dipilih sebagai hari mengundi.
Lebih 2,500 pengundi kawasan itu pula berada di luar kawasan termasuk di luar dari negeri Kelantan.

Siasah sebelum ini menjadikan berita muka depannya tentang kecemasan jentera PAS kerana ramai pengundi di sini berada di luar kawasan.

Menurut Nik Aziz, walaupun pilihan raya hanya diadakan di Dun Manek Urai, tetapi terdapat ramai juga pengundi yang berada di luar Kelantan, termasuk luar jajahan disamping.

“Lagipun ada juga pengundi di Dun Manek Urai terdiri dari pegawai kerajaan, oleh yang demikian bagi mengurangkan kesulitan mereka, kita mengisytiharkan cuti tersebut."

Sambungnya lagi, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja begitu pelik berbanding sebelum ini pilihan raya diadakan pada hari Sabtu.

“Saya pun tak tahu kenapa SPR buat cuti pada hari bekerja dan bukannya hari Sabtu sebagaimana biasa,”ujarnya lagi.

Menyentuh tentang cuti am itu bakal menjadi rungutan khususnya bagi pihak swasta, beliau berkata “Ya lah takkan lah pihak majikan nak kira untungnya sahaja.”

Mutakhir : Ustaz Ahmad Awang Di Markaz UPU Manek Urai Lama






Lawatan Ustaz Ahmad Awang ke Markaz UPU Manek Urai Lama.
Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com