ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Isnin, 29 Jun 2009

Debat jalan terakhir selesai masalah ummah - Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.

Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.

Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.

Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

"Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak," kata beliau.

Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

"Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

"Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata," ujarnya. - mj _

Ahad, 28 Jun 2009

'Perang' Bermula


MANEK URAI, 28 JUN : Barisan Nasional telah mengumumkan Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai. keputusan itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Sementara itu, PAS telah mencalonkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya untuk Pilihanraya Kecil ini. Dengan pengumuman yang dibuat oleh Muhyidin itu, menamatkan spekulasi siap yang akan mewakili BN dalam PRK N41 Manek Urai nanti.

Ianya sekaligus menafikan apa yang pernah diucapkan oleh pemimpin BN kononya pilihanraya akan membazirkan wang da masanya mentadbir negara. Kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai, sekarang masanya menghukum kebiadapan UMNO/BN di Malaysia. Undilah PAS.

Sabtu, 27 Jun 2009

Komunis tolak agama, Umno asingkan agama - Nik Aziz

MANEK URAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad saw.

"Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.Image

Laporan tersebut dibuat Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat di Manek Urai sudah membuktikan mereka mampu mempertahankan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi pada pilihan raya umum 1978.

Katanya, pengundi di Dun terbabit mencatat satu sejarah apabila berjaya menyambung hayat perjuangan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi sahaja di Kelantan pada pilihan raya tersebut.

Pada pilihan raya terbabit PAS hanya mampu bertahan di Dun Manek Urai dan Sering di Pengkalan Chepa. Umno berjaya merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut selepas berlaku Mageran.

Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, pilihan raya pasca Mac 2008 memperlihatkan undi tidak percaya rakyat negara ini terhadap Umno dan BN.

Image Menurutnya lima pilihan raya kecil sebelum ini memperlihatkan berlaku penolakan rakyat terhadap Umno dan BN secara berterusan.

Malah katanya, Dato' Seri Najib Razak melengkapkan teori RAHMAN yang menggambarkan kehadirannya sebagai perdana menteri terakhir semasa di bawah kerajaan BN.

"Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk mengambil alih kedudukan kerajaan pusat yang ada sekarang," katanya.

Presiden PAS, Dato' seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat Kelantan lebih pintar dalam membuat keputusan pilihan raya sebagaimana dibuktikan pada pilihan raya sebelum ini.

Lebih-lebih lagi katanya calon yang ditampilkan bagi mempertahankan Dun Manek Urai, Haji Mohd Fauzi Abdullah seorang yang dikenali ramai di Manek Urai dan berkeyakinan boleh bekerja untuk rakyat.

"Saya berkeyakinan beliau boleh bekerja untuk rakyat Manek Urai bagi meneruskan usaha yang dilakukan Allahyarham Paksu Wil," katanya.Image

Beliau yang juga anggota parlimen Marang melahirkan rasa malu apabila Terengganu kaya dengan hasil minyak membuat stadium yang tidak mampu bertahan lama sehingga boleh runtuh dalam masa setahun.

Menurutnya sebagai rakyat Terengganu beliau merasakan malu dengan apa yang berlaku ke atas Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, Umno telah merompak royalti minyak ketika negeri itu diperintah PAS pada 1999 sehingga menafikan hak sebagaimana termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

Sedangkan kata beliau setiap menteri-menteri besar telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Persekutuan di mana apabila terdapat pertemuan minyak dan gas di perairan setiap negeri, mereka akan dibayar royalti sebanyak lima peratus.

Beliau juga memberitahu pernah melihat pelantar minyak di perairan Kelantan ketika melalui kawasan berkenaan sebelum ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa berkata, di perairan Kelantan sekarang terdapat enam pelantar minyak yang sudah dicarigali sejak 2004.

Menurutnya, berdasarkan kepada pengeluaran tersebut negeri ini sepatutnya dibayar royalti hampir RM1 bilion. - mj _


Abe Uji turun padang temui pelajar ke IPT


MANEK URAI, 27 Jun (Hrkh) - Selepas diisytiharkan sebagai calon PAS malam tadi, hari ini Haji Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji turun padang menemui masyarakat.

Beliau bersama isteri, Aminah Mahmood dan kakak sulung, Mariam menziarahi keluarga Allahyarham Ismail Yaakob di Kampung Manek Urai Lama.

Selepas itu beliau menemui pelajar yang akan melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Kampung Ragu sambil menyampaikan sumbangan bagi pihak Dun Manek Urai kepada lapan pelajar.

Ketika berucap ringkas pada majlis itu beliau berkata, biar pun baru dipilih sebagai calon PAS Dun Manek Urai namun hubungannya dengan penduduk Manek Urai sudah lama terjalin keran sering mengikuti program dihadiri Paksu Wil.

"Kalau dulu saya mengikuti arwah dalam majlis sebegini dan sekarang saya meneruskan usaha-usaha yang telah beliau lakukan sebelum ini. Image

"Majlis penyampaian sumbangan seperti ini merupakan program biasa yang diadakan setiap tahun bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang yang berjaya ke universiti," ujar beliau.

Sementara itu seorang pelajar, Nur Atikah Che Razali, 20 yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Darul Iman melahirkan rasa bangga kerana menjadi anak Dun Manek Urai yang pertama menerima sumbangan disampaikan Calon PAS.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Abe Uji kerana sudi menyampaikan sumbangan tersebut walaupun sibuk dengan aktiviti kempen sempena pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Rakannya Nur Fatiha Mohd Safardi,20 yang berjaya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berharap Abe Uji dipilih rakyat mewakili Dun Manek Urai pada 14 Julai ini.

"Sumbangan yang diterima hari ini adalah sebagai perangsang untuk meneruskan pengajian di bidang pendidikan," katanya.

Mohd Khairul Fahmi Zulkifli, 18 berkata, walaupun belum layak mengundi, namun yakin Abe Uji akan menjadi pilihan utama penduduk di Dun Manek Urai.

"Abe Uji mudah mesra dengan golongan belia biar pun baru pertama kali bersua muka," katanya. - mj _


Fauzi Abdullah Calon PAS Manek Urai

MANEK URAI, 26 JUN : Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

fauzi abdullah manek urai by election 260609Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Jumaat, 26 Jun 2009

Pengumuman Calon PAS N41 Manek Urai


MANEK URAI, 26 Jun : PAS Kelantan akan mengumumkan calonnya pada malam ini di Markas UPU Manek Urai Lama oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Dalam majlis tersebut, orang ramai boleh mendengar ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB. Sdr. Saifudin Nasution (PKR) dan YB. Lim Kit Siang (DAP).

Majlis akan bermula jam 9.00 malam ini. Orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai. Bersama-samalah kita membantu kempen PRK Manek Urai ini bagi memenangkan calon PAS yang bakal diumum pada malam ini.

Khamis, 11 Jun 2009

Kemeriahan Pesta Sokan PASTI Negeri Kelantan 2009

LALOH, 11 Jun : Kemeriahan Pesta Sukan PASTI Negeri Kelantan 2009 memeng jelas pada hari ini di Padang Majlis Daerah Dabong, Laloh. Berikut adalah detik-detik kemeriahan dan warna-warni yang sempat dikongsikan bersama.







































































































































Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com