ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Ahad, 12 Julai 2009

Santai Bersama Halim Yazid Diganggu 'Makhluk Halus Berbaju Merah'

Program santai bersama pendikir tersohor Halim Yazid telah digagalkan oleh 'Sekumpulan Makhlus Halus' yang disyaki sebagai penunggu jambatan baru yang dibawa oleh TPM petang tadi. Program yang berbentuk santai malam ini dihadiri oleh ratusan penduduk kampung yang mahu menyaksikan secara 'live' saudara Halim Yazid beraksi. Belum sempat beliau menghabiskan lagu 'Anak Tupai', tiba-tiba....."mahkluk halus' telah menjelmakan dirinya bagi menggagalkan program tersebut. Kami gagal membomohkan 'makhluk' tersebut dek kerana ilmu hitamnya terlalu tinggi menjulang. Walaupun semua penonton hampa, kami dapat buktikan kejahatan dan ketidakadilan 'makhluk halus' tersebut di Manek Urai...he..he..he...Ada yang berkata, kita kena bomoh makhluk2 ini dengan memberi undi kepada PAS dalam PRK nanti. Semoga makhluk-makhluk halus tersebut akan hancur menjelang malam 15 Julai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com