ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Ahad, 5 Julai 2009

Perlawanan Bolasepak Persahabatan : Veteran Kelantan VS MU

MANEK URAI LAMA, 5 Julai : Satu perlawanan bolasepak persahabatan tealh diadakan antara Pasukan Bekas-Bekas Pemain Bolasepak Kelantan dengan Pasukan Pilihan Manek Urai (MU). Ianya diadakan di Padang Manek Urai Lama petang kelmarin. Antara bekas pemain bolasepak Kelantan yang hadir bermain ialah Zahasmi Ismai, Nik Ahmad Fadli Nik Leh dan beberapa lagi pemain veteran yang turut bermain menentang Pasukan MU.

Antara pimpinan negeri yang turut turun padang menyaksikan perlawanan ini ialah YB. dato' Takiyuddin B Hassan, YB. Abdul Rahim Abdullah, YB. Ustaz Baihaki Atiqullah dan YB. Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Keputusan perlawanan telah memihak kepada Pasukan Bekas Pemain Kelantan dengan jaringan 3 - 0. Disamping itu, para pimpinan PAS dan para pemain telah menyempurnakan acara menaikkan belon gergasi PAS yang disumbangkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Perak. Belon ini akan dinaikkan di Markaz UPU Manek Urai Lama bagi tempoh berkempen PRK N41 Manek Urai. Undilah PAS!!!.



Fuh...fuh...fuh...belon gergasi sedang diisi angin (gas) oleh petugas...


Hmm....dah mengembang pun...


Nampak tak bulan?


Piala Emas Raja-Raja



YB. Dato' Takiyudin menjulang Piala Emas Raja-Raja


Gambar kenangan sebelum perlawanan, cuba cari mana Zahasmi Ismail (Bekas Pemain Pertahanan Kelantan)


Cikgu Rahim mengepalai acara melapaskan belon...


Para pemain pun turut melepaskan belon gergasi


Cikgu Rahim menyampaikan hadiah kepada pemain


Ustaz Latif menyampaikan hadiah kepada pemenang


Bubuh bihun tu dato'..., makan banyak-banyak...


Apa yang geli sangat tu Nik Fadli?...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com