ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Selasa, 14 Julai 2009

Nik Aziz kagum golongan muda bersemangat pertahan PAS

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Penyokong PAS di sekitar tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria tambah bersemangat dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz NIk Mat meninjau kawasan itu.

Ketibaannya kira-kira jam 7.50 pagi sebelum tempat pengundian dibuka. Kehadirannya menarik perhatian orang ramai, mereka kemudian bertakbir dan berselawat.

Ketika ditemui media, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu keadaan aman membolehkan pengundi di Dun Manek Urai keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Ditanya sambutan terhadap PAS beliau berkata, sepanjang pemerhatiannya tidak kelihatan mereka yang memakai baju atau sebarang tanda berlambang dacing berbanding anak muda yang memakai baju bulan.

"Saya hairan juga kerana mereka tak kelihatan di masjid, malah di jalan-jalan raya pun kurang yang membawa bendera dacing, apakah ini menggambarkan perubahan pemikiran mereka berpihak kepada PAS, saya pun tak tahu.." ujar beliau.

Mengambil situasi itu katanya, beliau yakin PAS mampu mempertahankan Dun Manek Urai.

"InsyaAllah ia berpihak kepada golongan yang memperjuangkan Islam," kata beliau.

Menteri Besar juga yakin cuti yang diberikan kerajaan negeri kepada penjawat awam hari ini memudahkan mereka pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Menurutnya juga pengundi muda di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan umpan kebendaan yang djanjikan pemimpin Umno termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhuyiddin Yassin yang mahu membina jambatan baru.

Menjelang pilihan raya umum lalu Umno menjanjikan mahu membina lebuh raya antara Kuala Krai - Kota Bharu dan membina jambatan kedua Sultan Yahya Petra, namun sehingga kini ia belum kelihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com