ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Isnin, 13 Julai 2009

MANEK URAI - ANTARA DUA JAMBATAN, MANA ANDA PILIH?

Oleh: Mandor.blogspot.com

Aku mendapat berita terbaru dari blog Pinkturle, bahawasanya Umno telah mula memainkan taktik lamanya iaitu rasuah pilihanraya akibat terdesaknya Umno untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai. TPM di dalam pengumuman pentingnya sebentar tadi mengumumkan projek jambatan bernilai RM7 juta untuk Manek Urai SEKIRANYA Umno menang di dalam PRK Manek Urai Selasa ini. Aku sudah agak, akhirnya Umno akanmengekalkan budaya lamanya iaitu `merasuah' pengundi-pengundi di Manek Urai. Tidakkah itu rasuah namanya jika menjanjikan pembangunan SEKIRANYA menang sahaja? Jika bukan rasuah, tolong ajar aku apa erti rasuah sebenarnya.

Tumpuan kini tertumpu kepada SPRM dan SPR. Apakah kedua-dua badan ini akan berdiam diri? Umno kehilangan segala tumpuan dan idea mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai sehingga sanggup memberikan janji sedemikian. Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Memang benar kata orang, Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan, jika dipisah sumbanglah Umno. Ternyata 11 bungkusan `hadiah' dari Najib yang baru diumumkan semalam tidak sedikit pun mempengaruhi selera rakyat terutamanya di Manek Urai. Penghapusan PPSMI yang diumumkan oleh TPM juga tidak memberi kesan langsung malahan dipandang penuh curiga oleh rakyat. Isu Kerajaan Perpaduan yang saban hari dimainkan oleh Umno di dalam kempen di Manek Urai ini ternyata memakan diri Umno sendiri. Mereka `terbogel' di Manek Urai. Lakonan `penoreh-penoreh getah' taraf `mee segera' juga dijadikan bahan lawak jenaka penduduk Manek Urai.

Hanya tinggal esok dan lusa hari penentu, Umno begitu tertekan di Manek Urai. Umno tidak lagi sanggup `ditelanjang'kan dan dipertontonkan kepada umat Melayu khususnya dan juga akan dijadikan bahan ketawa oleh rakan-rakan mereka di dalam Bn jika Umno tewas kali ini. Maka, Umno tiada pilihan dan mereka terpaksa `merasuah' pengundi dengan sebuah jambatan. Rakyat Manek Urai akan makan dan hidup dengan jambatan itu nanti, fikir Umno. Umno tetap dengan janji keduniaannya.

Pas juga menjanjikan `jambatan' kepada Manek Urai. Jambatan yang dijanjikan oleh Pas adalah `Jambatan Siratul Mustaqeem'. Inilah jambatan yang boleh menyelamatkan manusia tidak kira Melayu atau bukan Melayu asalkan mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya. Pas menjanjikan dunia dan akhirat, maka `jambatan Siratul Mustaqeem' adalah penghubungnya. Apakah rakyat di Manek Urai masih mahu kepada jambatan bernilai 7 juta itu jika dibandingkan dengan `jambatan' ciptaan Allah ini? Memilih jambatan bernilai 7 juta yang ditawarkan secara `rasuah' ini sama erti dengan menerima rasuah. Penerima rasuah sudah tentu ditempatkan di Neraka Jahannam. Nau'zubillah.

Berfikirlah dengan akal dan iman. Pilihlah di antara dua jambatan yang ditawarkan oleh Umno dan Pas ini. Seandainya pengundi-pengundi tetap yakin bahawa Umno tidak menawarkan rasuah dengan jambatan ini, maka undilah Pas kerana jambatan tersebut tetap akan dibina oleh Umno sekiranya Umno ikhlas. Tetapi, jika hanya dibina sekiranya Umno menang, pengundi-pengundi yang mengundi Umno dianggap bersubahat dengan janji rasuah seperti ini. Aku yakin, rakyat di Manek Urai tidak pernah diajar oleh MB Kelantan untuk mendekati amalan rasuah seperti ini. Maka, buktikan nanti semasa mengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com