ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Ahad, 5 Julai 2009

Kembara Bermotor Belia Manek Urai

MANEK URAI, 5 Julai : Seramai 300 orang belia mewakili belia Manek Urai telah menyertai Kembara Bermotor Belia Dun manek Urai semalam. Program yang dirangkan oleh Pemuda PAS Kuala Krai dan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu menyaksikan perarakan bersama motosikal klasik, motosikal berkuasa tinggi, kereta proton Myvi dan pelbagai kenderaan mengiringinya.

Dalam pelancaran yang dibuat pagi semalam di Masjid Perial telah dihadiri oleh YB. Dr. Mohd. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, YB. Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Mahadi B Mohd. Zain, Ketua Pemuda PAS Kuala Krai. Paling istimewa, ianya turut dihadiri oleh calon PAS bagi PRK Manek Urai, Sdr. Mohd. Fauzi B Abdullah.

Para peserta telah dilepaskan oleh YB Abdul Latif Abdul Rahman selaku Ketua Pemuda PAS Kelantan. Bermula dari Peria, para peserta berarak ke Chuhchuh Puteri B, di sana, para peserta telah disajikan dengan pertunjukan silat dan tomoi oleh penduduk Chuchuh Puteri. Kemudian rombongan meneruskan perjalanan ke Laloh untuk menyertai acara Cakno Keluarga di Padang Majlis Daerah Dabong, Laloh. Kemudian, para peserta menunaikan solat zohor di Masjid Laloh sebelum meneruskan perjalanan ke Manek Urai Lama. Program tersebut berakhir di Padang Manek Urai Lama.

Jutaan terima kasih dan tahniah kepada para pasokan polis yang menjaga keselamatan para peserta kembara dengan aman dan tenteram. Undilah PAS!!!.


Pertunjukan Audioshow


Sebahagian para peserta sedang berkumpul, amboi bang, sempat main hanset lagi ke?



Abe Uji menemui kesemua peserta Kembara


Unit Amal, bersiap sedaia...


Pendaftaran peserta


YB Ustaz Latif melepaskan para peserta kembara.


Dr. Hatta, Abe Uji, dan Ustaz Latif sedang mencuba motosikal klasik





Abe Uji menampal stiker kembara pada sebuah motosikal peserta


Ustaz Latif menampal stiker kembara pada sebuah motosikal peserta

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com