ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Ahad, 12 Julai 2009

GELOMBANG ANAK MUDA : Ambo Nak Abe Uji

TEMALIR, 12 Julai : Golongan ,muda di Manek Urai menyatakan sokongan padu yang penuh kepada Abe Uji dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai. Petang tadi, calon PAS, Abe Uji telah meluangkan masa bersama pengundi golongan muda di Temalir Manek Urai. Dalam Program Gelombang Anak Muda, Ambo Nak Abe Uji, turut hadir sama YB. Husam Musa, YB. Abdul Fattah Mahmod, YB Senator Dato' Rosli, YB Zaki Ibrahim dan YB Ustaz Latif. Dalam perjumpaan itu, Abe Uji telah menyampaikan amanatnya supaya golongan muda Manek Urai hendaklah sentiasa menyokong dan berada di belakang Tok Guru Nik Aziz dan menyumbang tenaga mempertahankan kempimpinan ulamak di Kelantan.

Dalam pada itu juga, Abe Uji sempat meluangkan masa melawat tapak pembinaan gelanggang sepaktakraw pemuda di UPU Temalir. Disamping itu, masayarakat setempat juga sempat beramah mesra dengan calon PAS terbabit.

Ayuh orang muda, bersama-samalah kita menyokong PAS dan kepimpinan Tok Guru.




Abe Uji sedang menyampaikan amanatnya kepada warga pemuda


Wakil DPPK Kuala Krai


"Ambo nak Abe Uji" itulah laungan pemuda yang bersama-sama menyatakan sokongan kepada Abe Uji.


Dato' Husam, Dato' Rusli bersama Abe Uji bergambar kenangan dengan pemuda-pemuda Temalir, Manek Urai.


Takbir!!!...Laungan keramat para pemuda memberi sokongan kepada Abe Uji.


Abe Uji mendengan keluhan dan permasalahan rakyat





Berganding bahu berikrar menyokong Tok Guru



Pemuda berganding bahu berikrar


Muslimat pun turut berikrar menyatakan sokongan padu kepada Abe Uji.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com