ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Rabu, 1 Julai 2009

Calon BN Pernah Terbabit Dalam Rasuah???

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa "beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".
Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.
Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.
Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang 'meragukan' ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.
Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Tuan Aziz menafikan semua tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berkata ketika menjadi ketua Pemuda Umno, beliau tidak pernah terbabit dalam operasi kilang Kesedar.

3 ulasan:

  1. Kuatkan seangat Abang Aziz, adat bertandinglah mesti ada puaka atauhant rya yang cuba burukkan kita. Dah jad perangai PAS finah orang, kata orang, maki oran dan kalau boleh ia nak alau kita dari negeri di ni. Apa punbertandingtetap bertanding. Klah kita redha, tapi kalau kita menang jagalah harirakyat kelantan. aga gama slam dan Hatiakyat.Pesan saya jangan buat patung besar - besar, jangan kawan dengan iblis yahudidari singapua dan jangan tunjuk gedebe. Walau pun ita banyak ilmu jangan tunjuk sangat, jangan pakai juboh jangan pakai serban, nanti kena sumpah oleh rakya.

    BalasPadam
  2. tak habis2 ngan fitnah.... insafla... nanti kat kubur nak jawap apa... hmm

    BalasPadam
  3. abe uji naik mercedes..tuan aziz naik perdana.. gaya hidup mewah???

    BalasPadam

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com