ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Isnin, 13 Julai 2009

Anwar bidas Muhyiddin 'ugut' pembangunan



KUALA KRAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat janji berbentuk ugutan kepada pengundi Manik Urai sebagai menyalahi undang-undang.

Tegas beliau, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai dan perlu disalurkan berasaskan keperluan semasa rakyat, bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Saya minta SPRM menyiasat perkara ini," kata beliau dihadapan lebih lima ribu yang mendengar pidatonya di Sungai peria dekat sini.

Anwar turut menambah, cara Muhyiddin menabur janji itu menggambarkan beliau memperlekeh rakyat Manik Urai.

"Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri," katanya.

Muhyiddin dalam satu program kempennya dekat sini menabur janji untuk membina jambatan baru menghubungkan Manik Urai lama dan Manik Urai baru dengan syarat pengundi mesti memilih calon Umno sebagai wakil rakyat mereka.

Selain jambatan Muhyiddin juga menyebut dua lagi janjinya dengan nada sama (sekiranya calon Umno menang) iaitu membina sekolah di Chuchoh Puteri dan membina masjid di Temalir - kedua-duanya dalam kawasan Manik Urai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com