ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
PENYELIA DUN DABONG

Rabu, 23 Disember 2009

Pelikkkkkkk


Malaysia ku yang tercinta, betul ke ayat tu? kalau tercinta tentu kita akan jaga nya dengan sebaik yang munkin, ke rakyat biasa je yang cinta kan negara? saya pernah kerja kat kilang time nak balik je pak guard check 100% lah takut kita curi barang kat kilang. Satu lg pekerja kat supermarket ke hypermarket ke bukan senang-senang nak bawak balik barang-barang kat tempat dia orang keja, kalau gitu dia orang tak payah beli lah barang keperluan dapur bawak balik satu barang setiap hari, kalau 30 hari dah 30 jenis barang kan? Yang pelik nya enjin jet boleh hilang. Kalau nak diukur enjin jet dengan enjin keta kancil lagi besar enjin jet kan buakan satu tapi dua enjin jet yang hilang. Yang paling pelik nya enjin hilang tahun 2007,tahun 2008 baru sedar, hujung tahun 2009 baru laporan di buat kan pelik ke nama nya tu. Barang tu bukan nya harga RM50 tapi RM50 juta tu. Apa-apa pun kita sebagai rakyat biasa renung-renungkan lah, RM50 juta tu duit kita tu....

Jumaat, 4 Disember 2009

Kami semua kaum di Kelantan bersama mempertahankan kepimpinan TGNA

sumber pinkturtle







Himpunan Semua Kaum menyokong Dan Mempertahankan Kerajaan Kelantan Di Bawah Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz
Di Dataran Ilmu Kota Bharu Kelantan

Ahad, 22 November 2009

Wartawan ke Wartawang?




KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.



Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS. Hrkh
Dipetik dari blog thinking of life

Solat Subuh

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid . Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama !

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju ,
berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu .

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.

pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu .

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid . Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu .

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu ,

jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Jumaat, 13 November 2009

Tangisan Tok Guru...

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia,"

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,"

"Saya tidak pelahap sangat untuk pergi ke Makkah dengan ditaja, saya pun ada duit sendiri,"

Itulah keluhan-keluhan Tok Guru semasa kuliah pagi Jumaat di Dataran Ilmu Kota Bharu (13/11/09). Tergamak sungguh Quraisy Malaysia berusaha menghalang dan memberi tekanan kepada pemimpin Islam di Kelantan ini. MTD Dabong mengecam tindakan 'Quraisy Malaysia' tersebut.

Sejarah Abu Jahal dan kafir Quraisy Mekah kembali berulang. Jika di zaman Rasulullah, baginda telah dihalang oleh puak-puak Kafir Quraisy untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah haji, namun kini watak yang sama juga cuba mengahalang seorang pemimpin Islam untuk mengerjakan ibadah haji.

Sungguh kejam dan kejinya Quraisy Malaysia ini. Subhanallah. Tok Guru menangis lagi. Tergamakkah kita melihat seorang Tok Guru bersedih atas tindakan kita sendiri? Cubalah kita fikir. Jika Tok Guru bersedih atas tindak tanduk musuh dan orang kafir, itu memang lumrah. Namun kini, Tok Guru bersedih disebabkan tekanan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri. Cuba bayangkanlah, 'anok beranok kita' krenat ko kita? Huhuhu...

Bersabarlah Tok Guru, kami akan sentiasa bersama Tok Guru. Janji Tuhan Pasti Berlaku!!!.

Khamis, 29 Oktober 2009

Selamat Mengerjakan Ibadat Haji

Selamat jalan Tok Imam Salleh kandek ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadat haji. Kami penduduk Dun Dabong mengucapkan semuga Tok Imam selamat dan sihat walafiat sepanjang berada di tanah suci Mekah. Doa kami untuk anda sentiasa mengiringi.

Kepada seluruh penduduk Dun Dabong yang telah dipanggil oleh Allah Taala ke Rumahnya di Kota Mekah, saya selaku Adun Dabong mengucapakan selamat berangkat dan peroleh keberkatan dari Allah. Ampun dan maaf saya dan seluruh penduduk dun pohon dari anda semua. Semuga diizinkan Allah untuk berjumpa lagi nanti. Akhir kata, saya berdoa semuga saudara dan saudari semua memeperolhi haji yang mabrur

Isnin, 19 Oktober 2009

Syukur Kehadrat ALLAH S.W.T dan Tahniah

Tahniah diucap kan kepada adik Munisa Busaina Bt Bustamam dan adik Hanani Insyirah yang mewakili Pasti Al Ikhlas, Dabong ke pertandingan membaca bagi zon Kuala Krai yang diadakan di Pasti Mengkebang pada 18 Oktober 2009. Adik Munisa Busaini telah mendapat tempat kedua dalam ketegori membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala adik Hanani Insyirah telah mendapat tempat ketiga dalam ketegori membaca Jawi.Secara tidak langsung kemenangan mereka berdua telah mengharumkan Pasti Al Ikhlas dan tidak lupa juga sekalong tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pertandingan membaca bagi zon Kuala Krai 2009 semoga tahun hadapan Pasti Al Ikhlas akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.


1 Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

Khamis, 8 Oktober 2009

Bola Sepak Liga Parlimen Kuala Krai

Kejohanan Bolasepak Liga Parlimen Kuala Kraisudah bermula pada 7 Oktober 2009. Semua perlawanan diadakan di Padang KTM, Kuala Krai. Dun Dabong diwakili oleh pasukan Kuala Gris dan Sungai Sam yang telah muncul johan dan naib johan di Kejohanan Bolasepak Liga Dun Dabong yang diadakan tiga bulan yang lepas.

Syabas kepada semua pasukan yang telah layak menyertai Kejohanan Liga Bolasepak Liga Parlimen Kuala Krai. Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi dan pershabatan yang murni. Majulah sukan untuk Islam.

Selasa, 14 Julai 2009

MIMPI NGERI MANEK URAI : Kenapa hanya 65 undi?

UBN mungkin tidak tidur lena malam ini disebabkan kekalahan berlanjutannya dalam siri-siri pilihanraya kecil. Mimpi ngerinya sekali lagi berulang di Manek Urai. Tetapi alangkah kecewanya UBN kerana hanya 65 undi sahaja bezanya. Tetapi adat bertanding, walaupun hanya 1 undi beza, tetap dikira menang. Alangkah bagusnya jika berjaya kempen sebanyak 70 orang lagi, jika berjaya pengaruhi 2,3 peti undi lagi. Tetapi itu hanya boleh dilakukan sebelum pusat pengundian ditutup petang tadi. Kini semuanya sudah menjadi sejarah hitam yang patut diterimanya. Maka, bolehlah dibuat muhasabah.

KEPUTUSAN SETIAP UPU

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi


Tahniah UBN : Rekod Tanpa Menang Berterusan

UBN masih mapu mengekalkan rekod tanpa menangnya di dalam siri-siri pilihanraya kecil di Malaysia. Tahniah diucapakan apabila UBN masih mengekalkan rekodnya di Manek Urai hari ini. Walaupun PAS menang dengan majoriti yang kecil, namun dengan kekuatan material yang dibawa oleh UBN masih tidak mampu memecahkan rekodnya itu sejak pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Husam: UBN Kena Bina Jambatan Kerana Menang Peti Undi MU

Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.

Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat

“Kita kalah kerana politik wang,” katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis. Malaysiakini

Tahniah Kepada Semua Pengundi yang Mengundi PAS

Saya bagi pihak krew blog PRK Manek Urai merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memangkah PAS dalam PRK hari ini. Sesungguhnya anda telah membuat UBN menderita sehabis-habisnya. Tahniah!!!...saya amat menghargainya.

Usah sedih dan kecewa

Kepada semua petugas jentera pilihanraya PAS bagi UPU Manek Urai Lama khususnya jentera pembantu dari Negeri Perak dan PAS Kawasan Machang, walaupun peti undi Manek Urai Lama kalah, namun ianya memberi suatu pengajaran kepada kita semua. Usahlah merasa kecewa dan sedih. Islam tidak akan kalah. Teruskan usaha kalian semuanya.

PAS Menang

Syukur alhamdulillah PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 65 undi. Syabas dan tahniah kepada semua petugas dan jentera pilihanraya. Segala kerja berat anda, hanya Allah sahajalah yang membalasnya. Insya Allah.

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65

Alhamdulillah, LIVE dapat dibuat

Syukur, kami berjaya membwa penyokong untuk menyaksikan tayangan live keputusan tidak rasmi keputusan PRK N41 Manek Urai melalui laman web rasmi PRK yang dibawa khas oleh PAS.

Siaran Langsung!!

Pihak kami sedang mencuba dan berusaha untuk menyiarkan keputusan secara rasmi di Padang Manek Urai Lama,(live telecast). Doakan semoga ianya dapat dijalankan. Jika tidak dapat, kami moho maaf. Siaran langsung keputusan ini akan kami pancarkan di layar pacak nanti.

Masalah Terkini!!!


Terdapat masalah baru di Markaz UPU Manek Urai Lama apabila kebanyakan penyokong yang berkampung dan berkubu di markaz ini tidak berganjak dari 'kubu' ini. Tetapi di pihak musuh, nampaknya sudah lengang. Penyokong PAS begitu semangat menantikan saat kemenangan PAS di Manek Urai nanti.

Doakan Kemenangan PAS Di Setiap Peti Undi

Kepada semua penyokong PAS/Pakatan Rakyat, diharap agar terus berdoa kepada Allah SWT agar kemenangan dapat dikekalkan. Sekarang ini berlangsung proses pengiraan undi. Pesanan pimpinan kita, jika kita dtakdirkan kemenangan pada pilihanraya ini, maka kita sebagai penyokong mestilah melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan apa cara sekalipun.

Benarkah PAS Menang Besar?!

Berita tersebar luas kini di Manek Urai, setelah pusat-pusat mengundi ditutup, dikhabarkan bahawa PAS bakal mengekalkan kerusi N41 Manek Urai ini. Benarkah dakwaan ini?


5.00 Petang : Semua Pusat Mengundi Ditutup

Tepat jam lima petang, kesemua 9 buah pusat mengundi telah ditutup. Sekarang sedang berlangsung pembilangan undi di pusat-pusat mengundi terbabit sebelum ianya dibawa ke Kuala Krai untuk penjumlahan undi. Dikhabarkan bahawa, jalan utama dari Manek Urai ke Kuala Krai telah sesak teruk. Kebanyakan para penyokong telah mula bergerak ke Kuala Krai untuk mengikuti pengisytiharan keputusan pilihanraya kecil ini.

TERKINI : Markaz induk BN hampir kosong, Pemimpin BN sudah mula balik ke tempat masing-masing.

Maklumat yang baru diterima mendapati Markaz induk BN ditepi jalan utama Kuala Krai-Gua Musang telah mula kosong mengikut pemberi maklumat sekitar jam 3.30 petang tadi.

Gambaran ini mungkin menjawab desas desus yang kedengaran setakat ini hampir disahkan 5 dari 9 peti undi telah pun dimenangi oleh PAS setakat ini.

Abe Uji di Pusat Mengundi Manek Urai Lama



Kehadiran calon PAS, Abe Uji disambut oleh puluhan penyokong PAS dengan laungan takbir walaupun para penyokong UBN sudah tiada seperti pada awal pagi tadi.

TERKINI : Lebih 70peratus perayu undi adalah golongan pengundi muda

Satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan apabila kelihatan lebih 70 peratus perayu undi adalah dari golongan muda yang sanggup bertahan hingga ke saat akhir.

Walaupun sekitar sejam lagi pusat pembuangan undi akan ditutup namun mereka masih bertahan dan tidak berganjak dari tempat masing-masing.

Dengan loghat Kelantan mereka bersorak dan merayu sesekali bila ada lagi yang melintas untuk ke pusat mengundi.

Perayu BN hampir tidak kedengaran lagi. Lucunya ada beberapa kanak-kanak sekolah yang sesekali bersorak untuk BN...itulah yang masih kata pepatah melayu..tiada rotan, akar pun berguna.

Terkini Manek Urai

kemaskini 1.23pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari sudah mencecah 76.2 peratus atau 9,359 pemilih mengundi pilihan masing-masing - sama ada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat atau calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Mengikut trend pembuangan undi setakat ini, peratus keluar mengungi kemungkinan akan lebih tinggi daripada 85 peratus seperti disasarkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Nik Aziz kagum golongan muda bersemangat pertahan PAS

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Penyokong PAS di sekitar tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria tambah bersemangat dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz NIk Mat meninjau kawasan itu.

Ketibaannya kira-kira jam 7.50 pagi sebelum tempat pengundian dibuka. Kehadirannya menarik perhatian orang ramai, mereka kemudian bertakbir dan berselawat.

Ketika ditemui media, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu keadaan aman membolehkan pengundi di Dun Manek Urai keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Ditanya sambutan terhadap PAS beliau berkata, sepanjang pemerhatiannya tidak kelihatan mereka yang memakai baju atau sebarang tanda berlambang dacing berbanding anak muda yang memakai baju bulan.

"Saya hairan juga kerana mereka tak kelihatan di masjid, malah di jalan-jalan raya pun kurang yang membawa bendera dacing, apakah ini menggambarkan perubahan pemikiran mereka berpihak kepada PAS, saya pun tak tahu.." ujar beliau.

Mengambil situasi itu katanya, beliau yakin PAS mampu mempertahankan Dun Manek Urai.

"InsyaAllah ia berpihak kepada golongan yang memperjuangkan Islam," kata beliau.

Menteri Besar juga yakin cuti yang diberikan kerajaan negeri kepada penjawat awam hari ini memudahkan mereka pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Menurutnya juga pengundi muda di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan umpan kebendaan yang djanjikan pemimpin Umno termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhuyiddin Yassin yang mahu membina jambatan baru.

Menjelang pilihan raya umum lalu Umno menjanjikan mahu membina lebuh raya antara Kuala Krai - Kota Bharu dan membina jambatan kedua Sultan Yahya Petra, namun sehingga kini ia belum kelihatan.

Manek Urai: Lebih 50 peratus sudah mengundi

KUALA KRAI: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi setakat 11.30 pagi tadi.

BERITA TERDAHULU

KUALA KRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan peratusan keluar mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setakat pukul 11 pagi ini sudah mencecah 40 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian di kesemua pusat mengundi berjalan lancar.

"Setakat ini, proses pengundian berjalan lancar, cuma ada perang mulut antara penyokong-penyokong parti yang bertanding... tapi itu perkara biasa.

"Pihak polis juga dapat mengawal keadaan," katanya kepada mStar Online.

Beliau berharap orang ramai akan keluar mengundi awal bagi mengelakkan kesesakan.

"Kita harap pengundi akan ikut arahan SPR dan polis," katanya.

SPR menjangkakan 85 peratus akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini. Mstar.

Gambar Lagi









TERKINI : Tok Guru Di UPU Manek Urai Lama




Gambar Perayu Undi





Blogger Cina Islam bersiaran dari Manek Urai Lama



Blogger Cina Islam, YB. Drs. Khalil Idham Lim sekarang ini sedang bersiaran secara langsung dari Manek Urai Lama. Berita-berita terkini bolehlah melayari Cina Islam http://idhamlim.blogspot.com.

9.45 Pagi : Calon BN Jalan Seorang Diri




Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat kelihatan berjalan seorang diri melawat Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Beliau tidak dikerumuni oleh pengundi yang masuk bersama-samanya.

9.25 Pagi : Laungan Takbir Bergema...

Laungan takbir bergema di sekitar pusat mengundi sambil diselangi laungan "Hidup-hidup, hidup Islam, hancur-hancur, hancur UMNO" oleh para penyokong PAS. Keadaan masih terkawal. Tidak ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku setakat ini. Penyokong diluar sana, teriskan berdoa kepada Allah. Insya Allah semoga kami disini diberikan semangat yang jitu sehingga mencapai kemenangan.

9.10 Pagi : Pengundi sudah keluar mengundi

Pada saat ini, para pengundi tidak putus-putus keluar mengundi. Kesempatan ini diambil pada sebelah pagi bagi mengelakkan berlakunya hujang pada tengahari/petang nanti. Kepada para penyokong di luar sana, panjatkalah doa sepanjang masa kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada Parti PAS.

8.55 Pagi : Gambar semasa/terkini













Pusat Mengundi Telah Dibuka

8.00 Pagi : Semua pusat mengundi DUN Manek Urai telah dibuka secara rasmi sebentar tadi. Sebanyak 9 pusat mengundi di DUN Manek Urai. Selamat membuang undi.


Suasana Tenang Di Manek Urai











MANEK URAI LAMA, 14 Julai : Suasana dirakamkan tenang pada pagi ini dengan persiapan anggota keselamatan mengatur trafik di sepanjang jalan menuju ke tempat pembuangan undi. Kepada semua pengundi, anda tidak perlu risau. Selamat mengundi PAS.

Isnin, 13 Julai 2009

Terbaru : Datin Wan Azizah menziarahi Markaz UPU Manek Urai Lama

Datin Seri Wan Azizah sudi meluangkan masa menziarahi petugas-petus muslimat di Markaz UPU Manek Urai Lama dalam rangka kempen beliau di Manek Urai pagi ini. Beliau hadir bersama-sama isteri calon PAS, Abe Uji.










Mendiamkan rasuah politik Manik Urai ; lagi bukti SPRM alat regim Bn

Sekali lagi diulang kenyataan kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membuang wang rakyat dan SPRM bukan sekadar hilang maruah tetapi ia sudah mati dari prinsip kewujudanya. Selaku ko ordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) SPRM sudah tidak harus lagi dibicarakan kewujudanya kerana SAMM sudahpun mengistiharkan SPRM mati dihari kelahiranya. Upacara pembakaran dan penyerahan permit kubur SPRm telahpun disempurnakan oleh SAMM di depan Ibupejabat SPRM putrajaya pada 25 Febuari 2009 yang lalu. (sila klik sini untuk baca lanjut)

Sebenarnya SPRM bukan sahaja punya cukup 'kelengkapan' dan 'kewangan' untuk memenuhi kehendak kewujudanya namun lebih dari itu SPRM sebenarnya punya ramai kakitangan yang punya roh perjuangan ke arah memerangi rasuah dan meningkatkan maruah integriti negara. Malangnya lembu - lembu yang bergelar pegawai tinggi SPRM lebih berminat menjadi tunggagan regim Bn.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan masih berhutang penjelasan mengenai tindakanya selaku Pengarah SPRM N.Sembilan ''meminta' dan 'menerima', wang 'sumbangan' dengan julah yang besar dari Menteri Besar Negeri Sembilan. che'GuBard dimaklumkan oleh teman seorang anggota satu Jawatankuasa di bawah SPRM telahpun membincangkan perkara ini diperingkat jawatankuasa yang dianggotainya. Tiada penafian dibuat (maknanya tuduhan tersebut benar) cuma dicadangkan tindakan amaran 'keras' kepada Pengarah SPRM Negeri Sembilan kerana kesalahan tersebut (ertinya kesalahan berlaku). (sila klik untuk baca lanjut mengenainya)

Terbaru di Manik Urai jika (mendiang) SPRM masih hidup sudah tentu tindakan harus diambil kerana ugutan atau tawaran rasuah politik. Penduduk Manik Urai diugut oleh pemimpin Regim Bn agar mengundi Bn untuk mendapat Jambatan Baru. (sila klik sini untuk baca lanjut) Ini jelas salah !. Selain itu bukan sedikit peruntukan wang rakyat digunakan untuk kempen Regim Bn. Contohnya 6000 pelajar tiba - tiba diberikan peralatan sekolah, kasut dan pakaian sekolah dalam satu majlis Bn. Malah gambar dibawah cukup membuktikan bagaimana Timbalan Presiden komponen Regim Bn (Umno) terlibat dalam rasuah kain batik/pelikat kepada pengundi.
Gambar dirakam oleh Jinggo (jurugambar bebas) di Manik Urai dan
disiarkan di laman foto beliau.

Terbaru mendapat email dari pembaca blog ini yang menghantar maklumat amalan korupsi yang dilindungi oleh lembu (Pegawai Tinggi) SPRM. cheGuBard diperingkat mengumpul bukti sokongan dan pengesahan maklumat sebelum pendedahan dibuat.

Apapun pendedahan dibuat rakyat perlu sedar tidak akan ada tindakan diambil kecuali ia tidak melibatkan kepentingan pemimpin tinggi Regim Bn.....untuk melihat pemimpin tinggi regim Bn atau lembu SPRM ini berlumba masuk ke penjara maka rakyat harus bangkit menghumban Regim Bn.

Masihkah Kau Ingat?

nn

ini gambar Jambatan Sutan Yahya Petra yang disiapkan beberapa bulan lepas... kalau perasan kat tepi sebelah kanan gambar tu ada beberapa tiang untuk jambatan SYP2. Itulah jambatan baru SYP2 namanya.. maybe 3 kali banjir lagi siaplah agaknya..

ANGKUHNYA PEMIMPIN UMNO/BN

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.." - Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Lihatlah sendiri,betapa sombong dan jahatnya Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Menabur gula-gula rasuah kepada rakyat Manek Urai dengan mengumpan jambatan baru. Inilah bukti betapa bangangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Contoh pemimpin kerajaan yang tidak ikhlas membela nasib rakyat. Adakah dia ingat orang Manek Urai tak layak dapat jambatan sekiranya tidak undi UMNO??

Muhyiddin, aku nak tanya mu.

Mu ingat maruah Warga Manek Urai sama harga dengan jambatan baru yang mu nak buat? Mu ingat maruah warga Manek Urai begitu murah untuk di beli? Mu salah tempatlah wahai bangang. Mu lupa PRK kali ini adalah di Kelantan. Rakyat Kelantan tak sama dengan negeri-negeri lain. Kenyataan rasuah yang mu buat secara terbuka ini jadi bahan gelak rakyat yang cerdik pandai politik di Kelantan. Mu tak payah jadikan modal untuk mengumpan pengundi dengan janji. Mu tahu sebab apa?

Sebab rakyat Manek Urai tau dah, duit yang mu janji nak bina jambatan tu bukan duit mu. Duit yang mu guna itu duit rakyat, dan prasarana kepada rakyat adalah kewajipan pemerintah. Lagipun Malaysia ini bukan mak bapak mu punya. Mu sudah salah tempat. Mu sudah salah orang. Mu kena ingat lagi sekali, ni PRK di Kelantan.

Malas nak ulas panjang-panjang. Anda selaku pembaca pun boleh menilai sendiri kenyataan makhluk parasit ini. Agaknya inilah 'hadiah' 100 hari pemerintahan Najib, memperkasakan kroni dan rasuah rakyat.

UPU Manek Urai Lama : SPR Bersiap Sedia

Pihak SPR telah bersiap sedia membuat halangan tali dan mendirikan beberapa khemah sebagai persiapan untuk hari pengundian esok di sekitar Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Pusat mengundi terbabit adalah untuk para pengundi di UPU Manek Urai Lama.











Sebarang maklumbalas/komen/aduan/cadangan berhubung DUN Dabong, Sila emailkan kepada : mtddabong@yahoo.com